|
Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sultan Azlan-Tiga puluh pasukan akan berentap
untuk menjuarai perlawanan bola jaring,peringkat
daerah kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun
pada 3 hingga 5 April 2006, di Sekolah Menengah
Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS),
Setiausaha pertandingan,
Ustazah Marsirah Mustapah berkata,"peringkat
saringan akan diadakan pada 3 hingga 4 April.
Peringkat akhir pula pada 5 April".
"Mesyuarat teknikal
dan taklimat pengadil telah pun diadakan di Bilik
Gerakan dan Dewan Ass-Shafie SMKASAS pada 24 Februari
dan 2 Mac yang lalu". katanya.
"Taklimat pengadil
dan praktikal pengadilan telah disampaikan oleh
Puan Faridah Abd. Rahim ,PTPS Bola Jaring Negeri
Perak bersama Puan Hajah Safiah. Antara lain ditekankan
mengenai undang-undang bola jaring, tatacara berpakaian
pengadil dan teknik pengadilan pertandingan",
katanya lagi.
Sebagai tuan rumah,
SMKASAS telah menyediakan prasarana yang mencukupi
dan agihan tugas kepada guru-guru bagi menjamin
kelicinan bagi menjamin kelancaran program.
|
KREATIVITI
PELAJAR SMKASAS MERIAHKAN TEMASYA KEJOHANAN
OLAHRAGA 2006 |
Seri Iskandar-23 Februari,
Temasya Kejohanan Olahraga kali ke-16 dimeriahkan
dengan kreativiti pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sultan Azlan Shah ( SMKASAS)
Rumah Biru menjuarai
Kategori Khemah Rumah Sukan tercantik dan menonjolkan
maskot. Bagi rumah Hijau pula memenangi perbarisan
rumah sukan dengan memperagakan kostium baju -T
seragam,solekan celoreng dan maskot 'The Incredible
Hulk". Persembahan pasukan ragbi sekolah
di bawah bimbingan Cikgu Noor Zain dan Zafrullah
Yaakob, memukau pengunjung dengan formasi teknik
asas ragbi dan dan tarian ragbi. Pasukan silat
Gayung Ghaib juga menunjukkan kehandalan beraksi
lawan dan sektsa lucu mereka. Keseluhan memperlihatkan
keupayaan pelajar melahirkan kreativiti.
|
SAUTUL
SHIFAA DAN FARHUN NAJAH JUARA FESTIVAL NASYID
2006 |
SMKA
Sultan Azlan Shah- Sautul Shifaa dan Farhun Najjah
menjuarai Festival Nasyid SMKASAS 2006 dalam kategori
nasyid lelaki dan nasid perempuan.
Sebanyak
9 pasukan nasyid lelaki dan 10 pasukan nasyid
perempuan menyertai pertandingan dalam sesi petang
(perempauan) dan malam ( Lelaki) di Dewan Besar,
Ass-Syafie.
Keputusan
kategori nasyid lelaki dijuarai Sautul Shifaa,
diikuti oleh Al-Furqan dan An-Nadwah.Bagi kategori
nasyid perempuan. johan disandang Farhun Najjah,
naib johan Sautul Najjah dan tempat ketiga diraih
oleh pasukan Mawardah Warahmah.
Penyampaian
hadiah disempurnakan olej tuan pengetua, Ustaz
Arip bin Sa'aya pada 10 Februari 2006, sesi perhimpunan
sekolah.
TAKRAW
SMKASAS TUNJUK TARING
Oleh Ahmad
Sirajuddin Mohd Tahir
1 April
2006- Pasukan takraw Sekolah Menengah Kebagsaan
Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) menunjukkan
'taring' setelah berjaya menumpaskan pasukan lawan
di gelanggang sendiri dalam kategori lima belas
tahun dan lapan belas tahun ke bawah.
Perlawanan
persehabatan tiga penjuru di antara SMKA Raja
Dr. Nazrin Shah, Kampung Gajah dan SMKA Izzudin,
Ipoh. Perlawanan ini dianjurkan oleh Kelab Takraw
"Gajah Emas 501 SMKASAS".
Menurut
Tuan Haji Hasnan Basri selaku penasihat merangkap
jurulatih kategori bawah 15, berkata," Objektif
pertandingan ini sebagai persediaan pasukan takraw
sekolah dalam gerkorama nanti. Di samping itu
meningkatkan kemahiran dan keyakinan pemain serta
mengeratkan silaturrahim antara sekolah-sekolah
agama di negeri Perak".
Keputusan
pertandingan keseluruhan dimenangi oleh tuan rumah.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh penasihat pengajur
pertandingan, Tauan haji Hasnan Basri.
SMKASAS
JADI TUAN RUMAH BOLA JARING MSSD
oleh Mohd
Hanif bin Mat Rahim (4B)
5 April
2006- Perlawanan Bola Jaring MSS Daerah Perak
Tengah telah berlangsung di padang SMKA Sultan
Azlan Shah bagi pasukan bawah 15 tahun dan bawah
18 tahun.
Perlawanan
ini telah berlangsung selama 3 hari sejak 3 April
2006 sehingga 5 April 2006 dan disertai oleh pasukan--pasukan
bola jaring bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun
oleh sekolah-sekolah Perak Tengah.
Pasukan-pasukan
bawah 15 tahun yang telah berjaya mara ke peringkat
akhir ialah SMKA Sultan Azlan Shah, MRSM Pasir
Salak, SMK Changkat Lada dan SMK Sultan Abdul
Jalil Shah manakala pasukan-pasukan bawah 18 tahun
yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat
akhir ialah MRSM Pasir Salak, SMK Dato' Maharaja
Lela, SMK Lambor Kiri dan SMK Changkat Lada.
MRSM Pasir
Salak menjadi juara selepas mengalahkan SMKASAS
bagi kategori bawah 15 tahun dan SMK Changkat
Lada bagi kategori bawah 18 tahun.
4 orang
pemain SMKASAS terpilih mewakili daerah ke peringkat
negeri.
Majlis
perasmian penutup dirasmikan oleh Encik Mohd Zakwan,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.Majlis
berakhir pada jam 12 tengah hari.
NAEMAH,
MUFLIHATUN CEMERLANG DI PERAK
oleh Nor
Azam omar dan Ahmad Yasir Khiri
17 APRIL
2006- 2 orang pelajar puteri SMKA Sultan Azlan
Shah telah menerima anugerah kecemerlangan peringkat
negeri.Anugerah ini disampaikan kepada mereka
ekoran kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM dan
STPM 2005.Kejayaan mereka ini adalah kerana usaha
mereka yang gigih dalam dan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam setiap peperiksaan sekolah.
Majlis
penyerahan anugerah kecemerlangan ini berlangsung
di Dewan Bankuet Kerajaan Negeri pada jam 10:30
pagi.
Naemah
binti Zakaria merupakan pengawas sekolah dan penolong
ketua badri SMKA Sultan Azlan Shah.Menurut rakannya,
beliau merupakan seorang pelajar yang rajin mengulangkaji
dan sering kali membantu rakan-rakannya dalam
pelajaran.Dengan usaha gigih beliau, beliau telah
berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang
iaitu 9A1, 1A2 dan 1B3.
Muflihatun
binti Ghufran
merupakan
bendahari pengawas sekolah.Rakannya berkata beliau
merupakan seorang pelajar yang tegas dan tetap
pendiriannya.Beliau juga sentiasa serius dalam
pelajaran dan seringkali membantu rakan-rakannya
dalam pelajaran.Akhirnya, beliau berjaya memperoleh
keputusan STPM dengan keputusan 5pA.
SMKASAS
JUARA GERKORAMA ZON 8
8
April, Seberang Perak- Sekolah Menengah Agama
Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar menjadi juara
keseluruhan gerkorama 2006 bagi zon 8.
Acara
diadakan di sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Abdul Jalil, Seberang Perak. SMKASAS memenangi
12 acara daripada l3 acara yang dipertandingkan.
SMKASAS
Johan dalam acara nasyid, bola tampar lelaki,
bola jaring, Bahas Ala Parlimen, Nyanyian Solo
dan catur Lelaki.Tempat kedua pula bagi Scrabble,
Catur Perempuan, Bola Sepak. Manakala tempat ketiga
dan keempat bagi Choral Speaking dan bola tampar
perempuan serta sepak takraw.
Kemenangan
ini menjadikan SMKASAS terus menerajui kegemilangan
dalam bidang sukan dan ilmiah.
TAKLIMAT
PTK 2006.
28
April, Seri Iskandar- Guru-guru dan kakitangan
SMKASAS mengikuti taklimat PTK dalam SSM yang
diadakan di Dewan Asy Syafie oleh Ustaz Arip Bin
Sa'aya, Pengetua sekolah.
Kandungan
taklimat meliputi syarat mengambil peperiksaan
PTK dan kertas peperiksaan yang perlu diambil
iaitu kertas komponen kopetensi Umum dan kopetensi
khusus.
Beliau
juga turut mengumumkan tarikh peperiksaan pada
28 Disember 2006. Para guru dan kakitangan sekolah
boleh melayari Laman web KPM iaitu http:/www.
moe.gov.my. untuk keterangan lanjut bagi sukatan
pelajaran dan maklumat lain tentang PTK,
PUSAT
SUMBER SMKASAS TERUSKAN AKTIVITI JOM BACA.
Pusat
Sumber SMKASAS teruskan aktiviti Jom Baca 2006
yang melibatkan pertandingan bacathon, mengulas
buku, teka silang kata, penulisan puisi patriotik
dan deklamasi sajak patriotik. Program ini bermula
pada bulan Mac hingga Oktober 2006.
Acara
bacathon untuk bulan Mac, pembaca buku terbanyak
ialah Saudara Amirul Bahrin Zulkifli (33 buah)
dari 2 Al Bukhari, kategori Pelajar. Manakala
Puan Rosnah Binti Md. Noh ( 15 buah ) bagi kakitangan
sekolah dan Puan Rohana Binti Nee ( 10 buah )
bagi kategori guru. Tingkatan paling banyak meminjam
buku dijuarai oleh tingkatan 2 Ibnu Khaldun.
Menurut
penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Encik Ahmad Sirajuddin
Mohd. Tahir, " aktiviti Bacathon bukan sahaja
dapat menarik minat pelajar untuk membaca pelbagai
buku, malahan membina kecemerlangan intelektual
pelajar dalam variasi ilmu dan meningkatkan penguasaan
laras bahasa".
Hadiah
Bacathon adalah sumbangan daripada Persatuan Usahawan
Muda (PUM) SMKA Sultan Azlan Shah sebanyak RM180.00
SMKASAS
WAKIL DAERAH KE PERINGKAT NEGERI PERAK.
27 APRIL-
Layang-layang Kiri, Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sultan Azlan Shah ( SMKASAS )menjuarai pesta
pantun daerah Perak Tengah,zon B, yang berlangsung
di SMK layang-layang kiri, Parit.
Pasukan
pemantun SMKASAS telah menewaskan enam buah sekolah
yang lain. Ahmad Faiz bin Ahmad Suhaime dinobatkan
sebagai pemantun terbaik. Tiga orang peserta yang
lain ialah Nurul Shahida Binti Ahmad Khairudin,
Nurol Husna Binti Che Ros dan Siti Aisyah Bt.
Haji Ahmad Damanhuri.
Pemantun
SMKASAS akan beraksi di peringkat negeri pada
10 dan 11 Mei 2006, di Parit Buntar Perak. Pasukan
ini sedang giat mempersiapkan diri bagi menghadapi
cabaran dan persaingan sengit di peringkat negeri.
SAFWATUNNUR
SERIKAN MAJLIS TADARUS AL QURAN DAN MAULIDUR RASUL,
PERAK TENGAH.
3 MEI,Seri
Iskandar- Kumpulan nasyid SMKASAS, Safwatunnur
serikan majlis Tadarus Al Quran dan Maulidur Rasul
peringkat daerah Perak Tengah.
Majlis
tersebut diadakan di Dewan Asy Syafie, SMKASAS
dalam empat sesi iaitu pagi, tengahari, petang
dan malam. Pada malamnya diumumkan keputusan pertandingan
dan tokoh keluarga mithali 2006.
Seramai
30 peserta qari dan qariah memperdengarkan bacaan
dalam majlis tersebut. Pemenang bagi acara Tadarus
al Quran ialah Ustaz Mohd Faizan Bin Tajuid dari
UiTM, Seri Iskandar. Manakala tempat kedua Umi
Nadrah Bt. Abdul Latiff, Pejabat Pelajaran Daerah
dan tempat ketiga Mohd Syukri bin Haji Razali
dari Kampung Gajah. Dua orang peserta lain ialah
Lindawati binti Haji Razali dan Ramlah Zulkifli.
Turut diumumkan
anugerah Keluarga Mithali, iaitu Ustaz Haji Hassan
Othman dan Hajah Rabeah Yusuff daripada Seberang
Perak.
Penyampaian
hadiah disempurnakan oleh Dato' Haji Zaim bin
Haji Abu Hassan, Exco Kebudayaan negeri Perak.
Turut hadir DUN Bota dan Wakil JAKIM, Ustaz Ismail
Hashim Junaidi, selaku penceramah undangan Maulidur
Rasul.
|