Ustaz Arip bin Sa'aya
Pengetua SMKASAS

Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya Laman Web Rasmi SMKASAS telah dapat dibangunkan dengan jayanya dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Sekalung ucapan tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru yang telah bertungkus lumus serta memberi komitmen sepenuhnya dalam pembangunan laman web ini. Alhamdulillah segala kepakaran yang dimiliki oleh para guru SMKASAS telah dapat dicurahkan sepenuhnya dalam pembikinan laman web ini.

Saya berharap semoga dengan kewujudan laman web ini dapat mencetus idea baru kepada para pelajar, guru dan ibu bapa serta menjadi sumber rujukan utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, menerusi laman web ini juga ia dapat memperkenalkan SMKASAS kepada umum dalam menuju era globalisasi.